Wednesday, February 23, 2011

why dslr?

kalau tak silap, abg.amir first sekali yang pakai slr, bukan dslr. kagum jugakla, tengok orang bawak kamera besar2. tapi pastu tak tau ape jadi. jarang tengok dia pegang slr tu. maybe dah jual agaknye.

pastu, abg.billy pulak pakai. time ni dah masuk zaman dslr, dunia digital. tak main dah pakai2 filem. leceh. haha. tapi aku konfius. kenapa nak pakai kamera besar2? yang kecik ade, ringan, senang nak bawak, harga pun boleh blah la jugak. haha. ish, pelik betul org yang pakai kamera besar2 ni.

sebelum ni, x pernah pun terpikir nak pakai dslr sebab dalam kepala asik terbayang Telecaster.

first time try dslr, mase NPL 2009 (kalau x silap), abg.billy punye. first time pegang, aku pun tak taula, rase best yang amat. haha. awal2 try dah buat bokeh. bertambah2 eager la nafsu nak beli satu. daripada aku beli gitar letrik yang aku jamin cikgu othman marah, baik la aku beli dslr. hahaha. insyaallah selamat.

tak lame pastu, saudara KA pulak menceburkan diri dalam dunia dslr ni. dah masuk geng2 otai dah dia ni. satu malaysia dah heboh. bagusla bro, boleh buat bisnes nanti. aku ingat lagi pesanan dia. "brand dslr tak membezakan ape2, yang penting pandai gune ke tak".

lepas KA, jemi pun beli jugak. abg.ajam dengan abg.salimi pun same. haha. sume dah pakai, aku bila lagi??

memang sah2 la aku ni terpengaruh dengan environment.

akhirnya, aku pun angkatla jugak. agak boleh blah la. tengah offer, bantai je la. cikgu othman pun dah bagi lampu hijau. haha.

aku beli bukan sebab nak mewah2 mahupun riak. inila yang dipanggil sebagai long term investment. daripada aku beli iPhone, esok2 dah boring confirm jual balik. (walaupun aku rase iPhone tu best. haha)

aku memang respect kat billy & KA. aku rase diorang punye karya tu yang banyak influence aku. bukan 100% aku terpengaruh dengan environment. billy dah bukak bisnes, KA dah dapat ramai geng. bukan senang maa. the best part aku rase, boleh naikkan soft skill seseorang. senang2, aku follow jejak langkah diorang ni. tapi bukan sebagai karier, parttime boleh la. haha. aku tetap nak jadi radiographer.

so, fikir2kanla. bukanla aku nak membazir beli mahal2. ni ialah investment, sama ada untuk berbisnes atau pun ape2 sahaja satu hari nanti.

that's all folks.

first try pas beli.



*aku tak menyusahkan orang pun. so, stopla cakap2 belakang.